21 June 2012

Berapa horsepower aircond yang sesuai...

Saya google cara kira keperluan horsepower aircond mengikut saiz bilik / ruang, jumpa artikel ni...
credit to : http://www.i-dea.my


Keupayaan penyejukan penghawa dingin bilik diukur dalam unit British Thermal Unit per Hour, atau Btu / h. Untuk memahami keupayaan penyejukan maksimum untuk bilik, pertama sekali anda perlu mengira saiz bilik di mana penyaman udara akan diletakkan. Untuk melakukan ini, anda hanya perlu darab saiz lebar bilik dengan saiz panjang bilik.
Untuk membantu anda membuat pemilihan cepat sila lihat jadual di bawah.

Penyejukan yang disyorkan

Penyejukan terbaik – Bilik yang menghadap cahaya matahari(menghadap utara/timur)
Saiz bilik (Meter Persegi) Saiz bilik (Kaki Persegi) Ukuran Bilik  tipikal Saiz unit pendingin hawa yang disyorkan
29 315 20 ‘x 15′ 10.000 BTU
35 380 20 ‘x 19′ 12.000 BTU
41 445 22 ‘x 20′ 15.000 BTU
44 480 22 ‘x 21′ 15.000 BTU

Penyejukan biasa - Bilik yang tidak menghadap cahaya matahari(menghadap selatan/barat)
Saiz bilik (Meter Persegi) Saiz bilik (Kaki Persegi) Ukuran bilik  tipikal Saiz unit pendingin hawa  yang disyorkan
17,5 190 15 ‘x 13′ 10.000 BTU
21 228 20 ‘x 19′ 12.000 BTU
24,5 265 20 ‘x 13′ 15.000 BTU
30 322 23 ‘x 14′ 15.000 BTU
Nota: anda mungkin memerlukan satu atau lebih unit penyaman udara untuk mengawal suhu bilik anda bergantung kepada jumlah saiz bilik anda, iaitu jika bilik anda adalah 80 meter persegi, kami akan mencadangkan agar anda menggunakan dua 15.000 BTU unit penyaman udara dan diletakkan pada penhujung/penjuru bilik.

Mengira keperluan penyaman udara anda
 
Beban haba
Jumlah haba yang dijana dikenali sebagai peningkatan haba atau beban haba. Haba diukur sama ada Unit Thermal British (BTU) atau kilowatt (KW). 1KW adalah bersamaan dengan 3412 BTU.
Beban haba bergantung kepada beberapa faktor.
antaranya:
  • Keluasan lantai bilik
  • Saiz dan kedudukan tingkap, dan sama ada mempunyai tirai atau tidak.
  • Bilangan penghuni bilik (jika ada)
  • Haba yang dihasilkan oleh peralatan
  • Haba yang dihasilkan oleh lampu
Keluasan Lantai Bilik tidur
Jumlah penyejukan yang diperlukan bergantung kepada keluasan bilik. Untuk mengira keluasan dalam meter persegi:
Bilik Kawasan BTU = Panjang (m) Lebar x (m) x 337
Saiz dan Kedudukan tetingkap
Jika bilik anda tidak mempunyai tingkap, anda boleh mengabaikan faktor ini.
Tetingkap selatan  BTU = Panjang(m) (Tingkap yang menghadap selatan)  x Lebar (m) x 870
Tetingkap utara BTU = Panjang(m) (Tingkap yang menghadap utara) x Lebar (m) x 165
Jika tidak ada sebarang tirai pada tingkap, darab keputusan  dengan 1.5.
Jumlahkan kesemua BTU tetingkap.
BTU Tingkap = BTU Tetingkap Selatan + BTU Tetingkap Selatan.

BTU Penghuni
Jumlah BTU penghuni = Bilangan penghuni x 400

Peralatan
Kebanyakan haba di dalam bilik dihasilkan oleh peralatan. Pengiraan BTU peralatan lebih sukar kerana Watt  peralatan adalah penilaian penggunaan kuasa maksimum, kuasa sebenar yang digunakan mungkin kurang. Walau bagaimanapun lebih selamat untuk meletakan nilai watt yang tinggi dalam pengiraan.
BTU peralatan = Jumlah watt untuk semua peralatan  x  3.5

Lampu
BTU Lampu = Jumlah keseluruhan watt lampu  x 4.25

Jumlah penyejukan yang diperlukan
Jumlah Beban Haba = BTU Keluasan bilik + BTU tetingkap + BTU Penghuni + BTU Peralatan + BTU Lampu

Pengiraan BTU secara automatik
http://www.goodhousekeeping.com/home/air-conditioner-calculator

Pengiraan untuk penukaran BTU ke Horsepower
2545 btu = 1 HP
? BTU / 2545 = ? HP
Ini adalah jumlah pendinginan diperlukan supaya anda memerlukan satu atau lebih unit penghawa dingin untuk mengendalikan bahawa jumlah haba.

Penafian: Pengiraan ini adalah bertujuan sebagai panduan kasar sahaja. Ketepatan yang lengkap tidak boleh dijamin
Teks asal :
http://www.ukofficedirect.co.uk/calculating_what_air_conditioner_cp.aspx#calculate

19 June 2012

Mana Kad Mesra ni?

Last week dpt sms notification yang saya redeem points kat Petronas Bangsar..erm..memanglah ada isi minyak tadi..tapi takde pulak redeem apa-apa..agaknya staff Petronas silap dengar ke apa..ok.. then, dah beberapa kali isi minyak tak jumpa Kad Mesra..ingatkan dok kalut sebab tu tak jumpa...cari-cari lagi memang tak jumpa..so call la Call Centre Kad Mesra...nampak gaya memang Kad Mesra saya hilang sebab saya inform saya memang takde buat redeem pun yang kat Bangsar tu..then staff tu dah block Kad saya..dia kata kat bangsar tu 300 points kena redeem...makanya saya kenalah pegi buat kad baru...nasib baik tak payah buat report polis...

Jadi, sesiapa yang hilang kad mesra kena buat macam ni:
1 - Call Kad Mesra punya hotline : 1 300 22 8888 - inform kad hilang
2 - Pergi mana-mana stesyen Petronas, isi borang apply kad baru macam biasa
3 - Lepas sebulan call hotline semula untuk buat pemindahan points. (what?lepas sebulan?manalaa kita nak ingat kann..huhu)

apa-apa pun mujurlah ada sms notification..so bolehla tau kalau ada weird transaction kan...


05 April 2012

It's April..

hai..lamanyalahh tak mencoret kat sini...
dah dekat 2 bulan...April sudah...
yelah...dah sampai nama blog sendiri pun dah tak ingat..
terpaksa masuk dari blog orang yang I follow..
nasib baik ada follow blog org..kalau tau mau kena google kot..hahaha...boleh?..

Kalau ikutkan hati macam2 nak tulis kat blog ni dari hari tu lagi...
nak cerita pasal holiday yg last minute..
nak voice out ketidakpuashatian..
nak share tentang macam2 tips..based on experience laa..
nak ajak muhasabah diri..
nak jual barang...
haih...pendek kata...macam-macamlah..
tapi biasalah tu fasa 'plan our work'..
then kalau kita tak 'work our plan'..
jadilah blog yang bersawang...

sekian...

08 February 2012

WW


p/s : hati mulia nak tolong ibu lipat baju..tp sebenarnya Zarif tolong ibu kirai balik baju yg ibu dah lipat...

27 December 2011

Theo always the cutest


Alkisah semalam gi tgk Alvin & The Chipmunks 3...best mmg best..tp lagi suka yg A&TC2..yang penting..yg paling cute masih Theodore..penakut tapi comelll!! pastu rasa macam best pulak Ian yg botak tu tido kat hutan pakai costume burung..siap buat 'nest' lagi...hehe..yg x puas hati..kenapalaa citer budak2 ni pun nak ada tarian yg agak censored...x sesuwai langsung...geram betul..

memandangkan ni first time bwk Zarif tgk wayang, kami amik Twin Seat yg paling belakang...supaya papehal kalau dia nanges ke...senang nak kuar plus dia bolela dok tgh2 antara ayah n ibu...tp dia tak mau..


masa masuk tu citer dah start..sbb sampai lmbt sket..masuk2 dia nak minta lepas..bila dudukkan kat riba, da nak start nanges..sbb x cukup tido pon ye..lalu ibu pon keluarkanlah nugget yg ibu goreng khusus utk umpan anak ibu yg bijak ini..dan zarif pon dok diam (siap gelak2 sendiri part2 yg dia rasa klala kot)...bila keempat-empat keping nugget tu abes..start dah dia nak turun...trus ibu offer 'main' popcorn sambil makan..apelagi...setiap kali suap, adela dlm 2-3 butir je masuk mulut dia..yg lain bersepah atas ibu..atas baju dgn pants dia...atas lantai jangan cakaplaa...mcm butiran pasir di pantai... haha..zarif...zarif..


bila abes je..Acik Fara kata...jom cepat2 kita kuar sblm pekerja TGV ni nampak...kikiki...

lalu keluarla kami dengan byk popcorn yg melekat kat baju n skirt ibu...kat zarif sah-sah mmg banyak..

08 December 2011

Kawan

"Omel...mari kita main sama-sama.."